Saturday 18 October 2008

BIG BANG


Thank you to our blog reader sister Radziah for her interesting question. She was asking about is it there are verses in Quranul Karim that tell about BIG BANG. For make this answer more clear We like to explained it in Malay Language.

Fitrah kejadian alam diciptakan berpasangan. Manusia dicipta lelaki dan perempuan manakala alam haiwan ada jantan dan betina. Begitu juga Nabi Adam ada Hawa.

Jika kita perhatikan ayat Al-Quran kita akan dapati manusia termasuk Hawa bermula daripada diri yang satu iaitu Nabi Adam seperti yang telah Allah nyatakan di dalam Surah An- Nisa' ayat 1. Malah langit yang menaungi kehidupan seisi alam dikatakan berpasangan dengan bumi. Tetapi pernahkah kita terfikir langit dan bumi pada asalnya juga bersatu? Dan perkara ini telah dinyatakan di dalam Surah Al-Anbiyaaa' ayat 30 maksudnya: "tidakkah org Kafir itu memikirkan dan mempercayai sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum lalu Kami pisahkan kedua-duanya. Dan Kami jadikan drpd air tiap2 benda yang hidup, maka mengapa mereka tidak mahu beriman?"

Imam Qurtubi dalam Kitab al-Jamik Ahkamil Quran meriwayatkan:"Berkata Ibn Abbas, al-Hassan, 'Atha dan ad-Dahhak dan Qatadah, ayat ini bermaksud, langit dan bumi asalnya satu yang melekat lagi bercantum kemudian Allah pisahkan kedua-duanya.

Teori yg diterima umum mengenai asal kejadian alam adalah teori BIG BANG (letupan besar). Mengikut teori ini alam maya ini pada asalnya bercantum kemudian berlakulah letupan yg kuat sekitar 10 dan 20 billion tahun dahulu.

Teori ini asalnya diasaskan drpd formula General Theory of Relativity oleh

1. Albert Einstein thn 1915

2. Alexander Freidmann (pakar fizik Russia)thn 1922 mengembangkan formula ini

3. Edwin Hubble thn 1929 tokoh astronomi Amerika telah menemui bukti kukuh tentang BIG BANG.

Semua ini mengesahkn langit dan bumi pada satu masa dulu bercantum padu sebelum dipisahkan. Hakikat ini sudah ditegaskan Allah 1420 thn dulu disebabkan tahap kemampuan manusia yg terbatas kefahaman mengenainya mengambil masa.

This is summary from article that we found in Harian Metro edition friday, 17th October 2008 in page v5.
# NAK LEBIH MENGETAHUI TENTANG PERSOALAN INI BOLEH MERUJUK BUKU TULISAN DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN BERJUDUL " BUKTI-BUKTI SAINS DAN KERASULAN MUHAMMAD.


No comments: